Home » , » Hukum Mad Part 6 : Mad Arid Lissukun

Hukum Mad Part 6 : Mad Arid Lissukun

Posted by Admin




Assalamualaikum,.Hari ni kita sambung pula dengan hukum mad yg berlaku dengan sebab sukun yg mendatang. Iaitu Mad Aridh Lissukun. 





Pengenalan Mad Arid Lissukun : 

Mad Aridh Lissukun adalah mad yg berlaku apabila huruf mad iaitu Alif, Wau dan Ya bertemu dengan sukun/mati yg mendatang. 

Apakah dia mati yang mendatang ni? Ia adalah mati/sukun yang kita datangkan pabila waqaf. Boleh tengok contoh di bawah. :-)





Contoh Mad Arid lissukun :

Contoh Mad Arid Lissukun

Saya ambil contoh pada surah Al-Fatihah. Rasanya lebih mudah sebab semua org Islam mesti dah hafal surah ni kan.

Yang bahagian sy highlight adalah di mana berlaku Mad Aridh Lissukun. 

Boleh perhatikan setiap huruf akhir sebelumnya ada huruf mad.

Bila kita waqafkan atau berhenti, Kita akan datangkan sukun/mati pada huruf terakhir tu. (Yang mana asalnya berbaris)

Itulah maksudnya huruf mad bertemu dengan sukun yg kita datangkan ketika waqaf.

Kalau wasal macam mana? Baca macam mad asli sahaja.






Cara Bacaan / Harakat Mad Arid Lissukun :

Mad Aridh Lissukun dibaca dengan kadar 2\4\6 harakat. Ikut kelajuan bacaan anda.






Penutup

Samapai sini sahaja, rasanya sy dah cuba huraikan dengan cara yg paling tadika sekali. :-)
Harap senang difahami.

Apa-apa pun mesti rujuk dengan guru.gunakan blog ni sebagai bahan ulangkaji shj..

Jangan lupa LIKE fanpage kat bawah tu ye.. :-)

Jumpa lagi di entry akan datang.. Assalamualaikum.. 





SweetMuslimah.com


9 comments:

  1. saya tanya hukum mad arid lisukun

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum, saya nak tnya, saya ada dgr ustaz bagitahu yg mad aridh lissukun ni jika awalnya dimulakan dgn bacaan kadar contohnya 2 harakat jadi semua ayat atau semua bacaan yang dibaca mad aridh lissukun mesti dibaca 2 harakat juga, dan x bole ditukar harakat contoh nya ayat pertama surah fatihah dia baca 2 harakat tapi ayat kedua dia baca 4 harakat pulak, betul ke?

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, hasil karangan Tuan ni, saya dapat ilmu baru... Inilah amal jariah dari Tuan.

    ReplyDelete
  4. Berapa harakat utk bacaan yg paling baik bg mad arid lisukun

    ReplyDelete
  5. Berapa harakat utk bacaan yg paling baik bg mad arid lisukun, 2 4 atau 6

    ReplyDelete
  6. MGM Resorts International launches casino resort in Las Vegas
    MGM Resorts 전라북도 출장샵 International is launching a new resort and casino in Las Vegas this 문경 출장안마 week, at MGM 강원도 출장안마 National Harbor. The 여수 출장마사지 resort will feature 포항 출장안마

    ReplyDelete