Home » , » Apa Itu Idgham Mutajanisain

Apa Itu Idgham Mutajanisain

Posted by Admin


Idgham Mutajanisain

Assalamualaikum..

Kita sambung lagi dalam bab idgham ni..Entri kali ini kita akan bincangkan hukum Idgham Mutajanisain.

Pengenalan Apa Itu Idgham Mutajanisain :



Mutajanisain bermaksud (Dua yang berhampiran sejenis). Ia berlaku apabila dua huruf yang sama makhrajnya tetapi berlainan pada sifat bertemu.

Cara menyempurnakan Idgham pada hukum ini ada dua keadaan. Iaitu secara Naqis atau Kamil.

Idgham Kamil :

Menggabungkan huruf pertama kedalam huruf kedua secara total. Iaitu dengan melenyapkan keseluruhan makhraj dan sifat huruf pertama.

Idgham naqis :

Menggabungkan huruf pertama kedalam huruf kedua secara tidak sempurna.Iaitu dengan hanya melenyapkan makhraj huruf pertama itu sahaja dan mengekalkan sifat-sifatnya melainkan qalqalah.


Contoh Idgham Mutajanisain :



Contoh di atas adalah pada surah Hud ayat 42. Idgham di sini adalah dengan cara Idgham Kamil. 





Contoh di atas adalah pada surah Al-A'raf ayat 176. Idgham di sini adalah dengan cara Idgham Kamil.




Contoh adalah pada surah Al-Zukhruf ayat 39. Idgham di sini dalah dengan cara Idgham kamil.




Contoh adalah pada surah Al-Baqarah ayat 256. Idgham di sini dalah dengan cara Idgham kamil.





Contoh adalah pada surah Yunus ayat 89. Idgham di sini dalah dengan cara Idgham kamil.




Contoh adalah pada surah Ali Imran ayat 69. Idgham di sini dalah dengan cara Idgham kamil.




Contoh adalah pada surah An naml ayat 22. Idgham di sini dalah dengan cara Idgham Naqis.


Kesimpulan :

Cara bacaan Idgham Naqis dalam bab ini hanya berlaku pada pertemuan sehala huruf "Tha" dengan "Ta" sahaja..

Harap boleh faham ya..Apa-apa pun, Wajib belajar dan semak berdepan dengan guru..

Moga anda dapatlah sedikit manfaat dari entri saya ni..

Mohon sebarkan jika bermanfaat :-).. Assalamualaikum

                                     
                                          


0 comments:

Post a Comment