Assalamualaikum..Hm..Indah betul pagi Isnin ni..:-) Dengan hujan renyai2..Kedai makan pon penuh je sampai takda tempat nak duduk..Last2 tapau je makan kat rumah..Hehe..
Cukuplah luahan hati untuk hari ni..Jom kita tengok apa juadah untuk otak kita harini..Belaja benda baru hari-hari..Barulah tak nyanyok..Ye tak? Perut hari-hari mau isi..Otak pun nak juga di isi..:-) Ok, untuk entry kali neh..Saya nak kongsikan sedikit tentang hukum dalam bab Alif Lam (ال) atau lebih tepat lagi Alif Lam Ma 'rifah (Kata nama)..
Cara bacaan bagi bab ini ada 2 sahaja..Iaitu dengan cara Izhar atau Idgham..Bacaan Izhar dalam bab ini dikenali sebagai Izhar Qamari atau Alif Lam Qamariyyah dan Idgham Syamsi atau Alif lam Syamsiyyah bagi bacaan Idgham..
Baiklah, yang paling penting, dalam perbincangan bab Alif Lam ni..Apa yang perlu di Idgham dan di Izharkan ni? Ok,baik..Dalam bab ni kita membincangkan tentang bacaan/bunyi huruf lam (ل) yang sukun itu samaada ia perlu dibaca dengan jelas (Izhar) ataupun di Idghamkan..
Ok, apa-apa pon..Jom kita mula dengan pengenalan untuk kedua-dua hukum nih..(Izhar Qamari dan Idgham Syamsi)
Ok, Cuba tengok dekat bahagian yang saya merahkan..Di situlah berlakunya Izhar Qamari..Sekarang rasanya dah boleh paham kan macam mana nak membaca Lam yang mati tu dengan jelas? Kalau masih samar-samar juga..Tak apa.Insyaallah lepas habis dua-dua hukum ni anda akan faham dengan lebih jelas..:-) Jom kita!
Ok, boleh tengok bahagian yang dimerahkan tu..Macam mana anda baca dua perkataan tu? Rasanya semua org pon dah tau kan..Kita mesti baca dengan cara mengabaikan Lam yang mati pada (ال) tu kan..Kita akan terus Idgham kan kepada huruf selepasnya iaitu huruf Ra' (ر) dan Ra' (ر) tergolong dalam kategori huruf Syamsiyyah..
P/S: Tolong berlaqqi dengan guru.

Pengenalan Izhar Qamari :
- Izhar Qamari dapat dikenali dalam Mushaf Uthmani dengan melihat Alif pada (ال) yang mempunyai tanda kepala huruf (ص) dan Lamnya pula bertanda sukun.
- Izhar Qamari dibaca dengan mensukunkan Lam yang mati pada (ال).
Huruf-huruf Izhar Qamari :
Huruf-huruf Izhar Qamari ada 14 semuanya iaitu (ء), ba (ب), jim (ج), ha (ح), kho (خ), 'ain (ع), ghain (غ), fa (ف), qaf (ق), kaf (ك), mim (م), wau (و), ha' (ﮬ) dan ya (ي)
Cara Bacaan Izhar Qamari :
Izhar Qamari dibaca dengan menyukunkan bacaan Lam..Sukun di sini bermaksud menjelaskan bacaan Lam yang mati itu...Faham kan? Kalau masih kelabu lagi teruskan membaca! :-)
Contoh Izhar Qamari :
Contoh Izhar Qamari ni saya rasa semua org pon dah tahu dan dah biasa jumpa pon sebenarnya..Apa? tak pernah? kalau tak pernah maknanya tak pernah sembahyangla..hehe..Sebab hukum ni ada dalam surah Al-Fatihah..Takkan tak pernah baca Fatihah kan? :-)
Ok, Cuba tengok dekat bahagian yang saya merahkan..Di situlah berlakunya Izhar Qamari..Sekarang rasanya dah boleh paham kan macam mana nak membaca Lam yang mati tu dengan jelas? Kalau masih samar-samar juga..Tak apa.Insyaallah lepas habis dua-dua hukum ni anda akan faham dengan lebih jelas..:-) Jom kita!
Pengenalan Idgham Syamsi :
- Idgham Syamsi dapat dikenali didalam Mushaf Uthmani dengan melihat Alif pada (ال) yang mempunyai tanda kepala huruf (ص) dan Lamnya pula tidak mempunyai apa-apa tanda.
- Idgham Syamsi dibaca dengan menggabungkan huruf Lam pada (ال) ke dalam huruf-huruf Syamsiyyah yang datang selepasnya.
Huruf-huruf Idgham Syamsi :
Huruf-huruf Idgham Syamsi ada 14 semuanya iaitu ta (ت), tha (ث), dal (د), dzal (ذ), ra' (ر), zai (ز), sin (س), syin (ش), sod (ص), dhod (ض), tho (ط), zho (ظ), lam (ل) dan nun (ن)
Cara Bacaan Idgham Syamsi :
Idgham Syamsi dibaca dengan menggabungkan suara huruf Lam kedalam huruf-huruf Syamsiyyah selepasnya..
Contoh Idgham Syamsi :
Contoh untuk Idgham Syamsi juga boleh kita jumpa dalam surah Al-Fatihah..
Ok, boleh tengok bahagian yang dimerahkan tu..Macam mana anda baca dua perkataan tu? Rasanya semua org pon dah tau kan..Kita mesti baca dengan cara mengabaikan Lam yang mati pada (ال) tu kan..Kita akan terus Idgham kan kepada huruf selepasnya iaitu huruf Ra' (ر) dan Ra' (ر) tergolong dalam kategori huruf Syamsiyyah..
Kesimpulan :
Alhamdulillah, dah habis pon perbincangan kita dalam bab Alif Lam ni..Rasanya dah boleh faham dengan jelas kan, ye tak? Contoh-contoh yang saya bagi semuanya dari surah Al-Fatihah dan rasanya semua pernah baca surah tu..Cuma mungkin sebelum ni tak tahu nama hukum aje kan..:-) Sebenarnya ada beberapa lagi tempat dalam surah Al-Fatihah yang mengandungi hukum Alim Lam..Cubalah cari sendiri ye..
Sampai sini saja untuk entry kali ni..Harap post saya yang tak seberapa ni dapatlah membantu org-org yang berminat untuk belaja tajwid ni walau sedikit..:-)
Sekian Salam..
P/S: Tolong berlaqqi dengan guru.
0 comments:
Post a Comment